24 Januari 2013

Fiction


Lagu feberet ditambah video menari feberet. 

8.20 Pagi. 

Gua masih belum tidur dari semalam. Maklumlah hari cuti. Bila tak cuti nak tido, buli cuti mulalah segar bugar tehehe. Bercakap pasal cuti, harini bermulalah cuti musim sejuk selama dua minggu lebih. Mengikut perancangan kepala sendiri bulan disember lalu, gua ada bercadang nak ke London. Alang alang adik gua ada dekat sana boleh dia bawak ronda ronda naik baiskel. Dipendekkan cerita, ongkos nak ke sana tak cukup lagi, maka gua pun buat seperti tiada apa yang berlaku bagi menyedapkan hati dan melupakan nafsu berjalan. 

Tengah malam tadi dalam pukul 8 pagi malaysia, gua buat panggilan webcam ke komputer ayah. Dah sebulan tak tengok muka mak ayah. Panjang kami borak. Muka makayah memenuhi desktop komputer riba gua..

Mak: "Amboi misai dia.. macam Lanun!".."Macam pelakon cerita lanun tu la mak tengok hahaha

Gua: "Hahaha sape mak?

Mak: "Alaa.. yang Pirate Caribbean tu laa"

Gua: "Ohh.. Johnny depp.

Mak: "Haa.. Dia tu la. Hensem! Ada misai hensem, takde misai laaagi la hensem.."

Gua: "Hahahaha Ni Mak nak Suh Abang potong misai ke ni?"

Mak gua menyakat anak sulung nya yang baru cuba cuba bermisai. Sempat juga dia bercerita tentang zaman zaman misai ayah dulu, tapi dah tua ni dah tak nak bermisai katanya. Setahu gua, ayah cukup gemar dengan seorang penyanyi handalan asia zaman dahulu, Broery Marantika. Sekali tu gua jumpa gambar masa muda dia bermisai, sebijik macam Broery. Sedang asyik berborak dengan mak, ayah yang sedang menelaah surat khabar di belakang mencelah..

Ayah: "Bang, ni Perdana Menteri Najib datang mesir surat kabor cakap."

Gua: "Aah, ade dia datang. Ada urusan dekat Gaza lepas ni abang dengar dengar

Ayah: "Abang tak de pergi jumpa PM ke?"

Gua: "Buat ape..Tak minat najib"

Gua terlampau rilek ataupun gua sendiri tak tahu betul ke tak gua jawab macam tu. Ayah gua merupakan seorang kakitangan kerajaan sudah tentulah dia penyokong kerajaan. Dan gua pulak bukan lah penyokong pembangkang mahupun ingin menjadi anarki melayu. Setiap kali isu yang boleh berkait dengan politik keluar gua selaju bugati akan tukar topik. Gua gemar lagi bersembang topik lain seperti sirah nabi, hadis hadis, cerita hangat di kolej, bersembang musik dan lain lain.

Kadang kadang gua rasa politik tak lain tak bukan cuma memecah belahkan umat manusia. Yang sesama islam pun berpecah belah. Sana cakap sini sesat, sini cakap sana sesat. Betulah cakap lecturer/dokter gua itu hari, semua orang yang main politik adalah orang yang tak berapa menjadi masa sekolah. Orang suruh pergi sekolah sibuk nak berpolitik katanya. Entah la, mungkin dokter gua cuba meluahkan rasa benci nya kepada kerajaan Mesir sebab itu dia berkata begitu. Ada betul aku mengiakan nya. Tapi yang gua tahu dalam setiap keburukan itu ada kebaikannya. 

Cukup sampai sini, selamat menyambut maulid nabi. Pupuk lah sifat sayang pada Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda teramatlah sayang pada umat umat-umatnya. Dulu masa zaman  sekolah ada jugak nak berarak main kompang sambil selawat kuat kuat ke apa, sekarang ni kompang pun dah lama gua tak jumpa tehehe. 

Okai, nak layan The xx jap secawan due. Komen gua untuk album baru The xx ni, padu tapi tak sepadu album first, ada 3-4 lagu yang caya. Lagu Fiction paling meleleh.



Sekian, borak kosong dari gua

3 ulasan:

karenontheshore berkata...

bg aku album ni ..agak mbosankan

karenontheshore berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kiba berkata...

Gua pun rasa macam tu.. Bosan. Tapi gua bedal je