24 Januari 2013

At Least Something That Always Stay The Same


6.15 pagi waktu cairo.

Selesai solat subuh, tiba tiba datang keinginan nak menghirup udara segar pagi ni. Aku bukak pintu beranda separuh, separuh lagi biar tertutup. Takut takut jugak jiran arab sebelah dah terjaga, malu lah aku kalau dia tengok bilik bujang ni tehehe. 

Mujur lah musim sejuk di mesir ni tak sehandal di eropah sana, aku pun bersahaja di beranda berkain pelekat. Lalu aku nyalakan rokok. 

Terlintas dalam kepala topik chating aku dan ayah tempoh hari. Topik kerja. Aku ada suarakan niat nak kerja luar negara lepas housemanship nanti, tapi ayah aku tak pulak jawab... 

"boleh bang, ayah suka!", 
"cantik, boleh ayah lepak sana nanti"

kah kah kah. tidak lah serius mana niat aku tu, mungkin sebab dah tak berapa sanggup nak jauh jauh dengan mak aku. Dari tingkat 1 asrama, asrama, plkn, asasi, sekarang kolej. Bila lagi aku nak bahagiakan mak aku kalau aku kerja pun nanti jauh jauh? Bukan buat masa ni, mungkin satu hari.

Sedang sibuk mengelamun kucing aku datang menyibuk, cukup seronok dia kalau dapat bermain di beranda. Curious dengan dunia luar agaknya. Dapat jugak la dia tengok burung burung yang terbang kalau kalau pintu beranda terbukak. Jarang jarang pintu ni dibuka, maklumlah musim sejuk.

Adik ada whatsapp bagitahu yang dia down dengan paper exam semalam. Mungkin dia rasa down sebab dia rasa paper tu susah, walhal aku tau yang dia dapat jawab. Sebagai abang, menenangkan adik yang sedang gundah gulana itu adalah harus. Logik jugak kalau aku cakap seorang abang merupakan 'Chill Pill' kepada adik adiknya kekeke

Habis sebatang rokok, bertebangan asap di udara. COPD, Asthma.. terlintas di kepala. Apa guna aku hirup udara segar pagi sambil menghisap rokok. Sia sia bukan? Tak semua yang buruk nampak sia sia. 

Asalkan langit masih dijunjung dan bumi masih berpijak, jangan bumi dijunjung langit dipijak tehehe



Sekian, borak kosong.

Tiada ulasan: