22 Januari 2013

"Tak semua yang kita nak kita dapat"

Tiba tiba rasa nak baca kejar kiba kejar balik tadi, lepas tu gua nampak quote dekat header zaman remaja gua tu. Kah kah kah. Lalu gua tanya diri gua, sejauh mana progress kematangan diri gua sekarang? Mungkin baru 50%. 60% macam tu. 

kecewa dengan tiada jawapan untuk progression gua tu lalu tertulis sambungan cerita sunsilk.. Sebelum tu layan lagu ni kalau lu bosan.



                 -----------Part 3-----------

Maka mereka berpisah dalam keadaan yang horrible trouble.

Ada satu janji sunsilk hitam buat sebelum dia terbang ke cairo 4 tahun lalu, Sunsilk hitam nak cari sunsilk merah jambu balik walau lamaa mana pun dia pergi..

Ada satu waktu, Sunsilk merah jambu cukup pelik kenapa sunsilk hitam blah secara tiba tiba?

Sebab Sunsilk merah jambu cukup kecewa dengan Sunsilk hitam yang memilih keputusan untuk ke cairo dan itu merupakan keputusan ayah Sunsilk hitam yang langsung tidak boleh ditolak olehnya. Picang dengan kedua dua nya membawa kepada depression dalam kepala sunsilk hitam.  

Dan mungkin sebab makin hari makin deep cinta mereka, penuh dengan deep deep remaja. deep yang terlampau indah. Sampaikan mereka dah tak tau nak bawa cinta indah mereka kemana lagi. 

Masa dan waktu memisahkan mereka. 

Sepanjang 4 tahun berpisah jauh tak pernah sesaat si Sunsilk hitam lupa akan Sunsilk merah jambu. Inspirasi. Mimpi. Imaginasi. 

tapi cukup matang dan berani kah Sunsilk hitam untuk kembali mencari dan buktikan "tak semua yang kita nak kita dapat" tu tak betul? 

Sebuah janji. Hanya Allah yang tahu bila, dimana. 

Tiada ulasan: