25 Januari 2013

Play My Game?


"Gampang! Main la power power sikit"

"Ape tu Yob! sepak bola pun semput ke!"

"Babi betul bajet giler nak gentel sorang. gol takpe jugak!"

Dikala gua menulis post ni sedang berlangsungnya perlawanan antara Johor Palsu dan Perak. Mungkin ada berbaki lagi 10 minit ketika ini tapi gua memilih untuk tidak menonton saat saat akhir game. Perak main power. Johor main power. Tapi siapa yang kaya dia lah menang. 

Mentaliti gua makin kotor sebaik sahaja "Aidil @%#!&!" daripada skuad DTZ fc menjaringkan satu gol ke atas away team, Perak sebentar tadi. 

Ada juga beberapa kali gua ke Stadium Perak pulang ke Malaysia tempoh hari, gua bukanlah Ultras Kejor Yob Kejor mahupun orang lama dalam dunia bola Perak. Dilahirkan mempunyai burung diantara dua kaki haruslah tahu sedikit sebanyak pasal bola walaupun tak power mana main bola. Disebab kan tak power main bola la, gua sering dilayangkan kad kuning malah kad merah sewaktu diliga daerah peringkat sekolah menengah dulu. Kah kah kah. Teringat perbualan gua dengan seorang Ultras Kejor Yob Kejor tempoh hari..

Gua: "Bang, jom malam ni stadium. Perak main lawan nogori"

Yob bola: "Ahh malas aku.. Baik aku lepak dengan bini aku"

Gua: "Aduh, tak true la lu!"

Yob bola: "Bukan ape aku tak suka la tengok game yang dah kena set!"

Sampai sekarang gua tertanya tanya, patutke sebagai peminat bola sepak untuk memiliki mentaliti seperti itu? ataupun memang "ada udang disebalik batu" dalam dunia bola kita? Tak terjawab oleh gua persoalan kepala sendiri itu.. 

Sebagai penyokong bola sepak, bidang kuasa yang dimiliki hanyalah menjerit, menyanyikan lagu lagu semangat, memaki pemain, memaki hamun pengadil, mempertikaikan strategi yang bangang sahajalah yang termampu. Bila menang kita jerit, bila kalah kita sedih. Bila power kita puja, bila sampah kita ludah. macam tu? 

Hmm dalam bola we dont agree on anything gua admit. sometimes it can be a bummer, but it definitely keeps things interesting. Like our sports rivalries, contoh nye. 

Ntah macam mana tiba tiba gua boleh borak bola ni? kah kah kah. Apa apa pun ATM adalah team faveret gua sekarang, main penuh semangat macam nak pergi berperang tu yang gua minat. Kejor Yob Kejor tetap dalam hati dan idola gua tetap Khalid Jamlus, Ahmad Shahrul Azhar, Liew Kit Kong dan Indra Putra Mahyuddin. Orang Orang Perak bukannye tak power. Cuma banyak sangat makan nasi ganja tehehe. 

Okai lah dah maghrib, nah dengar ni. kalau tak cukup rasa sedap dalam lagu ni silalah dengar sambil layan ganja masing masing. 



Bawah ni lagu Tong Hua, lagu cina lama. Agak mellow. Gua dalam proses nak perfek kan jari jemari main lagu ni atas keyboard sebab gua tak reti nak baca kod tauge. Semalam ada gua tweet "Tong Hua", boleh member gua reply "Lu cakap apo ni jang..Jauh pergi?". Nak je gua reply "Tajuk lagu la celake!" tapi tak jadi sebab gua masih sober dan waras. 


Sekian, borak merapu dari gua yang bosan. ramai kawan gua semua dah terbang ke europe, "Istanbul, aku datang", ada yang balik malaysia, gua pulak tak de idea nak travel mana mana. Ciao.

Tiada ulasan: