02 Januari 2013

A lesson to be learned


Sewaktu dibangku sekolah, Gua kerap keluar masuk bilik kaunseling. Jadi kebanyakan masa masa lapang di sekolah waktu tu, Gua kena spent dalam bilik kaunseling. cilake tak cilake la. kakaka

Hasilnya, gua cuba untuk berubah, sahabat baik mahupun yang jauh memerhati perubahan perangai gua. Adalah sekali tu gua dipanggil buat kerja amal. Masa tu gua ingat lagi 'keikhlasan' gua setelah dibasuh kaunselor.

Moral apa yang Gua dapat? Pelik. Menjadi persoalan. Gua merupakan Rare case dikalangan mulut mulut hipokrit. Para hipokrit mula tidak senang duduk melihat perubahan Gua.

Tika itu Gua gagal, mungkin disebabkan oleh respon para para hipokrit. Makanya waktu itu Gua terus bergelumang dengan gejala gejala negatif "remaja". 

Gagal sekali cukup untuk mematangkan Gua dalam cubaan berkali kali sebelum ini. Walaupun hakikatnya Susah sial nak berubah..

Memang sudah menjadi fitrah, manusia suka mempersoal dan manusia tidak akan mudah menerima sesebuah perubahan pada orang lain, melainkan lu tahu sabar itu separuh dari iman.

Selamat menunaikan azam baru 2013 dengan hati yang ikhlas. :)


Tiada ulasan: